Wednesday, October 26, 2011

Waiting for Your Call - Irfan Makki

Miles away, oceans apart
never in my sight but always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

Miles away


Wednesday, September 28, 2011

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG


Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Saturday, September 10, 2011

Shawarma

Huhuhu...ini resepi kawe buleh kat SINI...Masa kat Amsterdam dulu,kawe ngan Ikin mkn ini makanan lah sb dijamin halal.Meh2 kita try buat..senang je..sedap pon sedap...

Roti arab.. roti untuk shawarma..

Bahan-Bahan utama:
Roti arab
Daging ayam yg dipanggang (seelok2nya bahagian dada) ~ dihiris
Rempah shawarma (kalau tak ada, gantikan dgn serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam masalah-mixed spice)
Sedikit yogurt
1 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu minyak zaitun (kalau tak ada minyak masak biasa je)
Garam, sedikit stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bawang besar ~ dihiris
Tomato ~ dihiris
Timun ~ dihiris
French fries
Mayonis
Cili sos

Cara menyediakan ayam:
Ayam diperap dgn rempah shawarma,yogurt,bawang putih,minyak zaitun,serbuk lada hitam dan garam. Peraplah selama 4jam ataupun utk lebih sedap semalaman. Panggang ayam tersebut sehingga masak.

Cara menyediakan shawarma:
Roti disapu dgn mayonis. Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, french fries dan timun. Kalau nak pedas boleh ditambah cili sos. Gulungkan..Sedia dihidang..






Thursday, August 25, 2011

Masjid Negeri Selangor - Solat Terawih 24-08-2011 bersama Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani

Best tau dapat s0lat kat masjid ni (ritu ms awal2 p0sa ja sempat s0lat tarawikh kat sini,siap bwk mak perlis lagi..hehehe...tq kanda ku sayang sb bwk kami kesini)...Merdu sungguh suara imam ni...Meh2 kita hayati...zasstttt....


Masjid Negeri Selangor - Kuliah Khas Lepas Terawih 24-08-2011 bersama Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber

Meh2 kita hayati tazkirah ni..best sgt2..banyak ilmu yg disampaikan oleh Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber ni.....Moga kita diberikan taufik dan hidayah di bulan yang penuh keberkatan ini..InsyALLAH...
Syeikh ni pandai berbahasa melayu...hehehehe...bahasa indonesia...

Tuesday, August 23, 2011

Nabi Muhammad SWA


Apakah perasaan anda saat ketemu dengan Nabi Muhammad SWA yang tercinta...Apakah yang anda akan lakukan?Muhammad Bin Abdullah is my idol forever....

Saturday, August 20, 2011

~ALLAH SWT

ALLAH has no IPHONE or BLACKBERRY , but ALLAH is my favourite CONTACTS,
ALLAH has no TWITTER, but i FOLLOW him,
and ALLAH has no INTERNET, but I'M CONNECTED to HIM.
ALLAH IS GREAT! NO OTHER!

Wednesday, August 17, 2011

RE Books

huhuhu...............
Gue pasti beli ini buku
Yes2...at last jumpa gak...
http://www.dicraft.co.za/blog/

Tuesday, August 16, 2011

Jawatan Kosong


FAMOUS AMOS COOKIES

Kisah benar...kisah benar....baca citer ini....

"A customer sent this recipe via e-mails since she had to pay for 250 for it....due to miscommunication! Salah faham punya pasal.....ketika menjamu selera di Famous Amos....the customer ask the sales person kalau2 dia boleh bagi resepi cookies tu....& the sales person jawab....tak boleh...tapi kalau nak beli resepi boleh lah!....bila pelangan tu tanya....berapa...she answered...two fifty.....so the customer agreed!...and the amount was charged to her credit card.........She only realized that she was charged TWO HUNDRED FIFTY   for the recipe much later.....so....to get back to Famous Amos....is by spreading the recipe via e-mails."
Thanks to akak ni sb share ini resepi..hehehehe...Apa lagi weh,try la untuk Hari Raya neh..Sedap oo00oo..ini cookies..Kawe pun tak try lagi...hehehe
Ingredients:
If nak made 1/2 batch of the recipe given
  • 2 cups butter (guna 1 cup)
  • 4 cups flour (guna 2 cups)
  • 2 tsp baking soda (guna 1tsp)
  • 2 cups granulated sugar (guna 2/3 cup)
  • 2 cups brown sugar (guna 2/3 cup)
  • 5 cups blended oatmeal (guna 2 1/2 cups)~ measure oatmeal then blender to fine powder
  • 24oz choc chips (guna 450 g)
  • 1tsp salt (guna 1/2 tsp)
  • 18oz Cadbury bar grated
  • 4 eggs (letak 2 biji)
  • 2 tsp baking powder (letak 1 tsp)
  • 3 cups chop nuts
  • 2 tsp vanila essence (guna 1 tsp)
Method:
  • cream the butter & sugar
  • add eggs & vanila, mix together
  • add in flour,oatmeal powder, salt, baking powder, soda....all the ingredients
  • roll into balls and place 2 inches apart and bake for 10 minutes at 180 degrees (guna spoon jer) 



















Akar Siti Fatimah

Ahad lepas,kawe dan incik Kanda berbuka kat umah Pak Teh di USJ 1.Penuh dgn anak-beranak Mak Teh.Tok dan Tok Wan pun ada gak.Dorang br balik dari Mekah.Apa lagi,peluang neh,ambik berkat org balik mekah.hehehehe.Manala tau,kot insyAllah sampai seru kitaorang pulak untuk ke tanah suci.hehehe.Kawe ada kirim akar Siti Fatimah kat Tok.Alhamdulilah....dia belikan.Yea2....Mekasih yea Tok...Jasamu kukenang.

                                           Sebelum rendam

                                         Selepas rendam

Akar siti fatimah atau lebih dikenali oleh selusuh siti fatimah biasanya digunakan semasa menjelang waktu ingin melahirkan (ketika sudah merasa sakit bersalin) oleh sebilangan masyarakat arab dan juga orang melayu kita juga, Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari.Tapi kita manusia hanya mampu berusaha.. segala2nya dari Allah..

Cara menggunakannya:
Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Monday, August 15, 2011

Petua Mengenai Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...kali ni,entry kawe adalah untuk berkongsi ilmu yg kawe buleh masa solat terawih kat masjid kat umah kawe.Ustaz tu bagi tazkirah lepas solat Isyak sebelum solat Terawih (sambil2 tu dia edarkan pamplet ini).Semoga  bermanafaat ilmu ini yea kawan2.hehehe.Pastu korang apa lagi,sebar2 dan war2kan la kat kwn2 yang lain.Begini ceritanya...


Petua ini disusun oleh Iman Al-Ghazali Rahimmatullah
1) Malam ganjil dalam 10 hari yang akhir
2) Jika 1 Ramadhan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatulqadar jatuh pada malam ke-29
3) Jika hari Isnin maka malam ke-21
4) Selasa atau Jumaat maka malam ke-27
5) Khamis maka malam ke-25
6) Sabtu maka malam-23

Pernah berkata Syeikh Abu Hssan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini.
(Keterangan diatas boleh juga didapati dalam kitab MATLA'IL-BADRAIN,BAB AL-I'TIKAF)
Selamat beramal yea kawan2

Cara membuat kelongsang Tepung Pelita

Wah syoknya...entry kali ni adalah cara-cara membuat kelongsang tepung pelita.Gue ambik dari ini blog.Bagus betul akak ni.Ajar buat kuih plus dengan cara2 nak lipat kelongsang dia sekali.Dulu arwah cik ku selalu buat ini kuih.Sedap oo00oo...Rugi sb tak sempat nak menuntut ilmu masak2 dgn dia.Dia pakar masak2 neh.Semua masakan dia buat sendirik jek.Sampai rempah2 pun dia buat sendiri.Gue kagum2.Tp masa kecik2 dulu manala minat nak masak2 neh.Minat makan adala.hahahaha.Ritu masa kenduri adik gue,sempatla gue menuntut resepi ayam percik+kerutuk ayam/daging+ketupat palas+serunding dengan Mak Long+Cik Mony gue.Dorang2 ni adik beradik mmg terrer masak.Sb aku rasa,semua yang dia masak semua sedap2.Haaa korang layanla gambar2 ni yea...


























Kuih G0yang/R0s

Haaaa.....2 minggu lepas,mak mertua ku dtg kerumah.Yeay...mak ajar buat kuih goyang/ros...hehehe..Dah lama gue nak menuntut nak buat ini kuih.hehehe.Akhirnya sampai gak hajat gue.Kuih ni sedap oo00oo.Pas mkn 1,nak mkn lagi 1.Rasa mcm tak leh stop nak makan ini kuih.hahaha.Gue rasa 1 balang tu,kejap je gue+ incik kandaku habiskan.Baik belajar buat,nanti bila nak makan,buleh buat sendirik jek.Lagipun bahan2 dia senang jek.Gue dah siap hafal lagi resepi ni.hehehehe.Korang patut try buat.

Bahan2:
250g tepung beras
1/2 cawan gula (kalu korang suka manis,buleh tambah lagi)
2 biji telur gred B
Santan Kotak Kecik, 1 kotak (kalu kat kedai runcit,belila singgit ke)
Acuan goyang
Minyak untuk menggoreng
Esen pandan (kalu xnak letak pun takpe)
Lidi satay utk cungkil kuih goyang keluar dr acuan

Cara2:
Tepung+gula+telur,gaul dalam bekas sampai sebati
Masukkan santan,kalu nampak pekat campur santan+air
Gaul sampai sebati
1 sudu esen pandan
Gaul lagi
Panaskan minyak dlm kuali bersama2 dengan acuan goyang
Bila minyak dh panas,pastu acuan pun panas,celupkan acuan dalam adunan dan terus goreng dia dalam kuali
Goyang2kan acuan tu(hehehe),sampai kuih tuh terkeluar dr acuan
Terbalik2kan kuih tu,kasi dia masak dgn sekata
Angkat dan bubuh atas jaring (sb nak bg minyak turun)
Dah sijuk siket,bulehla simpan dalam bekas kedap udara
Haaaa apa lagi....dh boleh makan lah...

                                          Ini gambar pinjam kat internet

R0ti 0h R0ti

Assalamualaikum kwn2...saim2 lako2....
Sebenarnya gue dh lama nak masukkan ini entry tp tak sempat sb bizi...Banyak keja/benda yang nak kena buat...Meh2 nak citer..hehehehe
Bulan posa ni,gue ada try resepi buat donut+roti sausage cheese dari 1 blog neh...peh sedap seh..lembut je pastry dia...instruction+ingredients dia pun senang nak follow.Pastu dia buat dalam portion yang siket2.Amat sesuai untuk dimakan untuk 1 family.Korang2 patut try ini resepi...Bab susu tu,gue guna fresh milk...sedap2...

1)Puffy Twist Donut


2)Sausage Cheese Rolls

Selamat mencuba kawan2...hehehehe...Tak rugi oo00oo...Mmg menjadi dan sedap...Incik kandaku pun suka ini roti...Takyah beli kat kedai,buat sendirik jek.Air tangan tu penting oo00oo.Salah satu kunci kebahagiaan.Plus dijamin HALAL dan BERSIH.hehehe.

Tuesday, August 9, 2011

Panduan Sukatan dan Ukuran

:: TIMBANGAN BERAT ::

600 gm = 1 kati
300 gm = 8 tahil
150 gm = 4 tahil
450 gm = 1 paun
25 gm = 1 auns

:: UKURAN PANJANG ::

2.5 cm = 1 inci
5.0 cm = 2 inci
25.0 = 10 inci

:: ISIPADU ::

1 sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar = 15 ml
1 sudu teh = 5 ml
1 liter = 41/2 cawan
250 ml = 1/2 pain

:: SUHU KETUHAR ::

Amat panas = 230 - 240 darjah C
Panas = 200 - 220 darjah C
           = 400 - 425 darjah F

Sederhana = 180 - 190 darjah C
                  = 350 - 375 darjah F

Perlahan = 150 - 170 darjah C
               = 300 - 325 darjah F

C = celcius
F = Fahrenheit

:: SUKATAN DENGAN MENGGUNAKAN CAWAN ::

1 cawan serbuk roti = 50 gm = 2 auns
1 cawan kelapa parut = 90 gm = 3 auns
1 cawan serbuk biskut = 125 gm = 4 auns
1 cawan kacang tanah [hancur] = 125 gm = 4 auns
1 cawan tepung = 140 gm = 41/2 auns

Tuesday, July 19, 2011

D0a Tilawah Al-Quran

Maksudnya:
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Rahmatilah kami dengan Al-Quran
dan jadikanlah Al-Quran bagi kami sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami!Ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran.
Ajarkanlah kami daripada Al-Quran apa yang belum kami ketahui.
Berikanlah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang;
dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagi kami (untuk menyelamatkan kami di akhirat),
wahai Tuhan Sekalian Alam.

Wednesday, July 13, 2011

Susu Ibu aka Breast Feeding

DOA


'Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini,
Penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.
Semoga dengan keberkatanMu,
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku'

*Untuk diamalkan tiap kali BF atau pam
 
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
 
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.


Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
 
 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
DOA KELAPANGAN HIDUP


Ya Allah, kami memohon daripada-MU, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, amalan yang dimakbulkan dan kesembuhan daripada segala penyakit.
 
*Thanks to Sila Klik Sini

Tuesday, July 12, 2011

Ubat Dan Doa dalam Slot Tanyalah Ustaz TV9

****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN ALFATIHAH DAN AYAT KURSI****

1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21

** DIlakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.


2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahl ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahl ayat 78
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- Madu asli adalah ubat yang paling berkesan.
- Baca Al- Fatihah
- Baca ayat kursi
- Sembahyang hajat 2 rakaat ( Bukanlah sewaktu uzur)

- Sembahyang hajat dulu.Then,ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahl sebyk 21 kali dan dimnum madunya.


6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 baca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.


7) Supaya syaitan/ibliss tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21


9 Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah al-Qaf ayat 22...ayatnya start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut

Ataupun Membaca selawat syifa, sampai pada ayat wa nuril absar...ulang 7x dan sapu pada mata.



Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..

10) Doa mengeluarkan susuk

Surah Al-Hijr Ayat 31&32


11) Doa Untuk Menyembuhkan Sakit Kanser/Barah Dan Menghilangkan Gatal2 Pada Tubuh Badan

Surah Al-Anbya' Ayat 69


Okay, ustaz ada berpesan, bila berdoa, jangan terlalu mengharapkan kesembuhan,
biarlah itu menjadi yang terakhir sekali...
Seeloknya niatlah bahawa doa yang kita baca tu,
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Mengadu kepada Allah atas segala sesuatu,
Mendekatkan diri kepada Allah,
sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita...
TAPI,
Jika berdoa banyak kali, x dimakbulkan,
ustaz suruh kita check diri kita balik...
Bagaimana hubungan kita dengan Allah...
 
Sebenarnya byk lagi doa2 yang boleh kita amalkan, tp sebab terlalu byk ustaz tu pun tak sempat nak bagitau semua..urtk itu dia dah tulis emuanya dalam bukunya bertajuk Ubat, Doa dan Penyembuhan by Ustaz Sharhan Safiee...

Banyak lagi buku2 yang beliau tulis berkaitan perubatan Islam ni, tp tak salin semua..kalau korang jumpa penulisnya ustaz tu, beli jer la...

Selamat Beramal Ya Kawan2

Saturday, July 9, 2011

Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

*P/S: Orang muda sekarang ni byk yg x sedar perjuangan nenek moyang kita dulu yg bersusah payah mempertahankan negara kita ni Malaysia. Saya bangga jdi rakyat malaysia. Negara yg aman dan damai. Lagu ni betul2 menyentuh prasaan sesiapa saja yg dengar.Sayangilah Tanah Air kita!!!!!


Tuesday, June 28, 2011

Kebaikan Susu Kambing - ramai yg tak tahu

Ramai yang tidak mengetahui kelebihan susu kambing yang mana menjadi keutamaan pada zaman nabi dan rasul, malah menjadi satu sunnah Nabi S.A.W. dan mendapat pahala jika meminumnya.

Dunia sekarang terpedaya dengan dakyah orang-orang yahudi yang mempopularkan susu lembu berbanding susu kambing. Pernahkah anda terfikir mengapa susu kambing tak sepopular susu lembu? Kalau sains dapat membuktikan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu, mengapa dunia senyap???Walhal orang-orang yahudi menjadikan susu kambing sebagai sumber susu utama mereka selepas susu ibu. Mereka bijak dalam memperdayakan kita yang lemah. Ini lah yang dinamakan serangan dingin yang muncul tanpa kita sedari.
Di sini diletakkan beberapa kelebihan susu kambing dan perbandingan dengan susu lembu.
1. Bersifat Alkali
- didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba2.
- kenapa sifat alkali bagus? cth mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? tidakkan.
- sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
- termasuk penyakit alah kepada susu lembu

3. Struktur kimianya yang ringkas
- struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. (maaf sebab tiada source yang dapat ditunjuk sbb didengar dari ceramah). Sbb itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yg tggi.
- perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.
-saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
- keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti cancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
- mampu menguatkan daya ingatan
- mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
- mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
- dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
- teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
- Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik....

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

Pernahkah anda terfikir mengapa susu kambing tak popular? Kalau sains dapat membuktikan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu, mengapa dunia senyap???





Wednesday, June 22, 2011

Doa agar anak dalam kandungan dipelihara

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin.

dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah....(Tq Mummy Lim Eng Mui)

Thursday, June 16, 2011

::Renungan::

Sabda Rasulullah SAW:


“Rebutlah peluang lima sebelum lima.Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
 
*Note:
Semalas-malas umat Islam menunaikan sembahyang yakni dengan hanya menunaikan sembahyang fardu sahaja pun, mereka akan melakukan 17 rukuk, 17 iktidal, 68 kali sujud, 32 bersimpuh dan 10 paling muka ke kanan dan 10 paling muka ke kiri. Kebanyakan alim ulama akan memastikan jumlah sembahyang yang dilakukan adalah 50 rakaat sehari semalam bila dicampur jumlah sembahyang sunat dan fardu. Lazimnya sembahyang sunat dilakukan sebanyak dua rakaat.
Maknanya setiap hari mereka melakukan 50 rukuk, 50 iktidal, 318 sujud, 164 kali bersimpuh, 76 memalingkan muka ke kanan dan 76 lagi memalingkan muka ke kiri. Dengan sebanyak itu pergerakan anggota badan dilakukan, maka ia sudah lebih daripada cukup bagi tujuan senaman untuk kesihatan badan.

!!!Selamat Beramal !!!

Wednesday, June 15, 2011

Hijab

 Wah...cantik sungguh cara pemakaian hijab ni.Gue tertarik seh.Heliza Hemli Hijab nama tudung neh.Tudung bidang 60' kalu tak silap.huhuhuhu.Sopan pon sopan gue tengok.Menutup aurat gitu.Gue nak try test ini gaya.hahaha.Korang buleh pegi kat facebook dia kat SINI...hehehe...sila2 jd fan die...



Stitch Embroidery

Wh0a my hobby...banyaknya pattern2 yg gue download...hehehe...dan yg penting its FREE ok..hehehe...Pasni kena g carik kertas karbon utk trace atas kain+benang2 cross stitch..hahaha..projek2 baru neh...korang2 bley pegi kat SINI utk tgk pattern2 yang korang berkenan.Pastu apa lagi,jd mcm gue lah...rambang mata...abih sumer gue nak download.hahahaha.



Meh2 kita tengok hasil2nya.....Stitch Embroidery...tadaaaa....cantik dak??







Friday, May 27, 2011

List Barang2 Baby

Akhirnya...gue godek2 blog kwn gue,br lah kawe terjumpa ini list..hahaha...sangat berguna dimasa depan...Check list persediaan mommy to be by yani...hehehe...meh2 kita tgk ini list...



BARANGAN BABY
# Baju lengan pendek /Seluar pendek – 7 pasg (rm12-14 sepasg) = RM84
# Baju lengan panjang /Seluar Panjang – 3-4pasg (rm12-15 sepasg) = RM48
# Stokin bayi & Sarung Tangan – Duk umah: 7 pasg (rm5.90-7.90) jln2 3 psg (7.90-12.90) = RM66
#Topi/baby hat- normaly dlm set mitten&booties rm12.90-19.90 dh dpt hat = RM12.90
# Barut baby
# Kain bedung (pakai lampin pn boleh) – Anakku dlm rm21.90/10 pieces =RM 21.90
# Diapers pakai buang (newborn) – MAMY POKO D BEST rm34.70/52pieces = RM34.90
# Towel baby – 2helai (set 17.90 for 2pieces dh ok tebal dia) =17.90
# Sapu tgn – 1set dlm 5helai (Rm12.90-16.90/5 pieces). = 12.90
# Minyak Telon/Yuyi
# Net Nyamuk(Kelambu Baby)
# Pelapik getah(BUBLE COT) rm15-29.90 RM15.90
# Berus pencuci botol – rm6.90 onwards =RM6.90
# Set barangan mandi bayi – HEAD TO TOE/TOP TO TOE SUDAH RM11.90-15.90 =11.90 (Pureen/Johnson)
• Bath tub – RM35.90 sweet cherry dgn pelapik .Kalo beli asing even plg murah total akan lebih kurg =RM35.90
• Cotton buds – beli fiffy elok,buds dia xtanggal2 =RM4.90
• Baby comb/brush – fiffy pon ok RM6.90
• Baby manicure set – KEPIT KUKU SUDAH rm9.90 kalo mothercare = RM9.90
# Nursery bag – current survey rm17.90-21.90 Disney =RM17.90
# Stroller - +- rm180-250.00
# Baby pillow & bolster & tilam – rm59.00-79.00 =RM59
# Wet tissue – 100 pieces dlm rm7.90-9.90 = RM7.90
# Safety Pin – 6.90/4pieces =6.90
# Laundry Detergent – rm12.90 1L,RM16.90-21.90 2L = RM12.90
# Bakul simpan baju baby/Drawer/almari – RM189 = RM189




BARANGAN MAMA
# Kain batik/SHIRT LONGGAR – 5SET RM10/PCS =RM100
# Stokin- 5 =RM29.90
# Selipar
# Breast pump –PUREEN BATTERY OPERATED RM120.90 – JJ SALE BABY FAIR LESS TIL 69.90 =120.90
# Nursing bra – 3 (TESCO RM15.90/PCS) =RM48
# Nursing pad – MOTHERCARE RM39.90 / 100PCS =RM39.90
# Disposable panties (senang kt hospital)- RM12.90/5PCS =RM12.90
# Jejamu, bengkung dsbg (SET BERPANTANG)
# Pad
TOTAL = RM1210.00

Barang2 nk bwk gi Hospital:

Suami:-
* Surat rujukan doctor/Kad Rawatan
* Kad pengenalan isteri
* Kad pengenalan suami
* Surat nikah
* Duit/credit card
Isteri:-
*Beg baby yg lengkap
*Beg pakaian mama
*Yassin
*Buku

Thursday, May 19, 2011

Aura Warna Mengikut Hari

Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.


ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan. Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.


ISNIN
Warna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary .Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary . Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

SELASA
Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus . Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus

RABU
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid . Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

KHAMIS
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi .
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

JUMAAT
HIJAU ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

SABTU
MERAH ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus , Otot, Darah , Tulang dan Saraf . Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus , Darah dan Otot  atau Tulang dan Saraf , amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

AHAD
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Tuesday, May 17, 2011

Happy Birthday Kanda!!! Shengri Kuaile !!!!

Gambar: Sumber dari Secret Recepie
Zhu ni sheng ri kuai le, zhu ni sheng ri kuai le Kanda.....
Hehehehe...
Semoga Panjang Umur+Sihat Walafiat+Dirahmati&Diberkati Allah Taala+Menjadi Suami&Ayahanda yg Soleh,Bertakwa,Bertanggungjwb,Penyayang+Berjaya Dunia Akhirat+Senyum Sokmo...Mari kita dedicate lagu ni untuk kandaku...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Kanda Solihin
Allah selamatkan kamu

Sedap dak 'delicious chocolate cake' yang dinda buat khas untuk kanda tuh?hehehehe...
InsyAllah raya nanti dinda bake kan untuk mak+daddy+adik-beradik ipar di kg Behor Gonchar.Layanzzzz....
TQ to K.Ny and family kerana mai singgah umah kitaorang...tak sempat nak jamu yg best2 sb tetiba K.Ny antaq msg mak mai umah...Mujur ada e2 Choc Cake....
Gue suka tgk si Sarah cedok e2 choc sauce dan tuang atas kek...wah...dia mmg suka e2 choc sauce...nyum2....
p/s: Sarah...nanti mai la umah MakNjang kalu mau blajar wat kek ;D

Gambar: Choc Sauce