MyRecepies

Nasi Kabsa Kambing/Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) ( dapatkan di KedaiArabMurah )
1 sudu besar rempah kabsa ( dapatkan di KedaiArabMurah )
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

Nasi ini dimakan bersama ulam-ulaman dan ulam yang terkenal di arab ialah "daun jarjeer".

Nasi Mandhi Arab

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( dapatkan di KedaiArabMurah )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( dapatkan di KedaiArabMurah )
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


Proses meng"asap" nasi dgn arang + sedikit minyak



         Ayam yg telah siap dipanggang

TQ kat tuan punya bl0g ini..hehehe..nyum2...

Beef Lasagna
Ini pun resepi dr Cik Farzue BamBam (menu hari ini).Sebenarnya gue tak pernah mkn ini makanan.Td try mkn,sedap oo00oo.Bley try buat ..meh2 kita layan..zzaaasstttt...


Sos Merah
garlic~ 1 labu (cincang)
bawang merah~sebiji (cincang)
sos pasta tomato~ 1 botol
mushroom~ 1 tin
minced meat~ 1 peket
tomato biji~ 3 biji
sayur

Sos Putih
3 sudu butter
2 sudu tepung gandum
susu
cheese cheddar
mushroom soup (1 paket)
campur semua
pastu baru letak atas api
masak sampai pekat

Lasagna sheet~rebus satu2
Cheddar Cheese/Mozarella Cheese

Sos Merah
tumis garlic
masukkan minced meat,masak smpi masak
masukkan sos pasta,masak sampai sebati
masukkan tomato,mushroom,masak sampai tomato lembik
masukkan bawang cincang+sayur
masak dengan api perlahan

Cara2:
bubuh lasagna sheet
bubuh sos merah
bubuh sos putih
cheese
*ulang sampai abis dan penuh e2 pyrex

bakar sampai permukaan dia masak (agak2 ler)
serve

New York Cheese Cake
Wah...ini hari hari jumaat 20.5.2011.Hari ini Cik Farah buat New York Cheese Cake utk besday Thobrani(staff kat opis gue neh)...Happy Busday Bani...Sedap seh ini cheese cake.Ada sekuk oreo kat bwh kek ini.Nyum2...hehehe...Seperti biasa,gue akan upload Cik Farzue BamBam punya resepi disini....Mari2 kita try..

                         Gambar: Secret Recepies

                 Gambar: New York Cheese Cake With Oreo
Bahan2nya:
(3/4cup)  atau 1 cup castor sugar
(250ml) atau 300ml sour cream/whip cream
750g cream cheese
biskut Oreo (2 paket~buang cream dia)
(100g) atau 125g butter~cairkan
3 tbsp esen vanilla
4 biji telur
2 sudu tepung gandum

Cara2:
kisar biskut Oreo+campurkan butter+gaul}tekan dalam loyang (guna tangan) dan masukkan dlm peti sejuk (30 minit)
pukul cream cheese+gula+esen vanilla sampai sebati
masukkan tepunh,gaul
masukkan telur sebiji demi sebiji,gaul/pukul
last sekali gaul sour cream sampai sebati
masukkan dalam loyang biskut tadi
bakar 160degree celcius~ 11/2 -->13/4 (baine marie-guna air mendidih)
tutup api/bukak pintu oveb~ 2jam
masukkan dalam peti sejuk~ sekurang2nya 4jam (atau semalaman)
serve


                          Gambar:Ini cara2 baine marie

                         Gambar: Cheese Cake Pan


Blended Orange Cake
Kek ni senang je nak buat.Blend je semua2 bhn pastu bakar....huhuhu...Sedap pun sedap,budak2 pun suka mkn....hehehehe.Kek ni lembap+lembut+rasa oren die...Resepi gue ambik dr blog Mat Gebu neh.Gue buat untuk majlis Busday anak menakan gue,Hariz...Selamat Hari Jadi Hariz daripada MakNjang+PakNjang.Memandangkan gue terlupa nak ambik gamba,so gue pinjam lah incik Mat yea gambar dr blog incik Mat...hehehe..Hah apa lagi korang,try lah.....Gue paling suka masa bake cake tu.Peh bau wangi satu umah...huhuhu...




Bahan2nya:
1 biji orange sunkist
2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*mix together+sift)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung
secubit garam

Cara2:
oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. ketepikan.
panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. ketepikan.
dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak jagung dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. tuang dalam satu bekas. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. sejukkan kan ...
ready to serve....


Kek Batik Biskut Marie

Hohoho...ritu tak sempat nak ambik gambar...so gue letak la gambar pinjam neh..gue ambik dr blog Mat Gebu..

Bahan2nya :
1 bungkus biskut marie, dipatah2kan 4 (biarkan dlm bekas selama sejam bagi angin masuk dlm biskut....kawe gune jenama Munchies)
1/2 butter
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
1/2 susu pekat manis
1/2 MILO paket kecik

Cara2:
satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega
dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati
tuang dalam kuali
masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana
kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat
masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan
matikan api
tuang dalam bekas acuan
tekan adunan tadi padat2
simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong
serve

Bread Pudding Recepies


Bahan2 untuk puding:
1 buku roti putih Gardenia
11/2 tin susu cair
3 biji telur (+1 telur kuning)
2 sudu gula
4 sudu butter
esen vanila
air panas
kismis

Cara2:
rendam roti + air panas(biar semua roti kena air panas)
pukul butter dan gula dan masukkan telur saru2 dan pukul lagi
masukkan susu cair dalam (roti+air panas tadi) dan masukkan bahan yg dipukul kedalam adunan
bagi semua bahan td kena roti(gaul)
masukkan esen vanila
adunan masuk dlm loyang
tabur kismis (ikut suka la nak bubuh bape banyak....)
bakar 150 celcius(1 jam) pastu 160 celcius(45 minit)
serve

Bahan2 untuk custard:
1 telur kuning
2 sudu custard
1/2 hingga 3/4 fresh milk
gula

Cara2:
masukkan dan kacau semua bahan sampai larut
naik atas api
kacau sampai pekat/tapis
serve

Creadit to miss Farah for da recepies....so yummy...and easy to bake...


CreamPuff Recepies



Choux pastry this is the best mix and recipe by Chef Gordon Ramsey (Hell's Kitchen TV Show)
125 ml milk
200 ml water
150g or 1 1/3 cup plain flour ( sift)
pinch of salt
100g butter
1 tablespoon of sugar
4 eggs

Method:

mix milk,water,salt n sugar in a pan.
dissolve all the sugar and salt.
put in butter.
bring the mixture to boil slowly ( sbb susu membuak) till the butter melt.
dump all the sift flour in one go.
kacau vigorously (sampai lenguh tgn) until the mixture doesnt stick beside the pan and forming a ball.
let the mixture cool down.
add in the eggs one by one ( important) to make sure good incorporation of the whites and the yolk.
mixture ready to be pipe on the grease proof tray.
bake 150-160 for 20-30 mins until the pastry is golden brown.
cool the pastry before u pipe them in.

Custard Cream
2 tablespoon of custard powder
1 cup of evaporated milk
2 cup of fresh milk
2 tbsp of sugar
1 egg yolk

mix everything before putting them on the stove.
when the mixture are well mix, boil them.
make sure you stir them until u get the consistency that you want.
add more milk if the mixture is too thick.
ready to be pipe in the pastry when they are cool.

To make profiteroles

The filling:
heavy whipping cream
icing sugar ( up to your taste)
vanilla

whip the cream until they are thick.
add in sugar and vanilla .
whip until thick and form a peak.

Important: do not over whip as they will become a butter and curdle.

Chocolate Sauce

200 g dark choc
30 butter
3 tbsp clear honey
fresh milk

double boil choc, butter and clear honey until melt.
add in milk.
stir.

ready to be drip on the profiterole.


*Source: Click here...hehehe..thanks Farah for da delicious recepies



C00kings and Baking

Gue cukup suka kalu bab2 masak-memasak neh.Cooking is one of my passion.Best woo memasak neh.Dapat release stress+tensen.Pastu masak apa2 je la yg berkenan dihati.Pastu tgk org mkn sampai abis masakan kita tu,wah...mmg berbaloi rasa dihati....Dapat plak kwn yg suka masak2 neh...mcm si Farah ni.Dia cukup terrer bab2 buat kek.Korang bley tgk kek2 yg dia hasilkan disini yea...Sedap oo0oo...Resepi Martha Stewart tuh dia guna...Gue pun dah berjangkit ngan dia.hahahaha...nak2 tgk blog2 yg penuh dgn resepi...meleleh air liur...Nanti gue share apa2 yg patut yea kat sini...