Tips Dapat Anak
Tadaaa...sebenarnya gue buat blog hopping,tetiba je terbaca artikel yang menarik yang boleh dikongsi bersama2 korang...CLICK kat sini kalu korang nak tengok....Untuk menyenangkan korang,gue copy paste saja la yea...hehehe...korang bulehla try ini cara...InsyAllah...dengan izin Allah,usaha korang pasti termakbul...Alhamdulilah....gue pun dh try cara ini :D
Alkisah....
Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang bagaimana cara untuk mendapatkan anak..kesinambungan daripada kandungan maklumat dari sini http://alkiram.net/salam/2007/03/20/petua-mendapatkan-anak-lelaki-perempuan/, kebetulan juga saya pernah diberitahu oleh seorang makcik arab badawi (kampung) boleh dikatakan bidan arab kampung.Pertemuan saya 10 tahun lepas.Ketika itu saya ada bergurau dengan dia sambil sembang2 dan berhajat nak dapatkan anak berselang seli perempuan dan lelaki..Alhamdulillah…dengan amalan tersebut dan niat sekarang saya dikurniakan anak berselang seli perempuan lelaki.Selain itu saya juga di beri tips ketika mengandung dan saat2 kelahiran serta penyusuan.
Ini antara tips yang dia berikan kepada saya sewaktu dulu dan diamalkan sehingga sekarang,so, bagi yang mahu mencuba,boleh amalkan Insyallah.Cara yang paling berkesan selalu sebut dan doa serta melihat atau bayangkan (imagine) wajah2 baby samada lelaki dan perempuan setiap hari.Sewaktu nak tidur dan bangun tidur.
Dan kalau jumpa bayi atau kanak-kanak…
-Selalu usap ubun-ubun bayi dan kanak-kanak selalu doakan untuk dia “Rabbuna Khalli” atau “Rabbuna Sturna” dalam bahasa mudah kita Semoga Allah Melindungi dan memuliakan kamu. (Doa saja dalam hati kita dengan bahasa kita yang rasa mudah yang penting doa untuk kebaikan kepadanya).
-Cium tangan, dahi dan dua keningnya.
-Selalu memberi hadiah atau sedekah kepada golongan mereka ini walaupun sebiji gula-gula kepadanya.
-Selalu tanamkan sikap penyayang kepada mereka.
Di samping combine kan dengan amalan seperti berikut :
(Amalkan setiap hari hari selepas solat subuh dan asar).
-Bismillahirahmani Rahim 100x
-Bacaan Istighfar ( Astaghfirullah Al-Azim Huwa Tawwaburrahim 100x)
-Laila Ha Illah 100x
-Subha Ha Na Allah Wal Hamdulillah Wallahu Akbar 300x
-Selawat kepada junjungan besar 100x (`Allahumma Sholli ´Ala Sayyidina Muhammadin Wa âlihi Wasallim)
-Doakan kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki atau perempuan danbayangkan (wajah anak lelaki atau perempuan) sambil usap di sekitar rahim.
Kemudian mengamalkan amalan ini dimana jua atau mana-mana waktu
(niatkan sedekah kepada junjungan besar SAW.)
1-Bacaan Surah Al-Fatihah 100x
2-Bacaan Surah Al-Ikhlas 300x
Doa Tautan Hati
Doa ni amatlah bagus untuk kita amalkan.Khasnya untuk keharmonian dalam rumahtangga(yg highlight kaler ijau tu,korang sebut la nama korang+nama pasangan korang).Doa ni,mama mertuaku yang bagi.Mummy Lim Eng Mui,thanks a lot....Banyak juga doa2 yang mama bagi....adala dlm 1 buku..hehehe....Amal-amalkan yea....Berdoa kan senjata orang mukmin.