Tuesday, June 28, 2011

Kebaikan Susu Kambing - ramai yg tak tahu

Ramai yang tidak mengetahui kelebihan susu kambing yang mana menjadi keutamaan pada zaman nabi dan rasul, malah menjadi satu sunnah Nabi S.A.W. dan mendapat pahala jika meminumnya.

Dunia sekarang terpedaya dengan dakyah orang-orang yahudi yang mempopularkan susu lembu berbanding susu kambing. Pernahkah anda terfikir mengapa susu kambing tak sepopular susu lembu? Kalau sains dapat membuktikan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu, mengapa dunia senyap???Walhal orang-orang yahudi menjadikan susu kambing sebagai sumber susu utama mereka selepas susu ibu. Mereka bijak dalam memperdayakan kita yang lemah. Ini lah yang dinamakan serangan dingin yang muncul tanpa kita sedari.
Di sini diletakkan beberapa kelebihan susu kambing dan perbandingan dengan susu lembu.
1. Bersifat Alkali
- didalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba2.
- kenapa sifat alkali bagus? cth mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? tidakkan.
- sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan
- termasuk penyakit alah kepada susu lembu

3. Struktur kimianya yang ringkas
- struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. (maaf sebab tiada source yang dapat ditunjuk sbb didengar dari ceramah). Sbb itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yg tggi.
- perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.
-saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)
- keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti cancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan
- mampu menguatkan daya ingatan
- mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu
- mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.
- dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
- teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi
- Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik....

9- Manfaat Ibu Hamil
-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

10- Manfaat Ibu Menyusu
-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu

11- Bayi dan Kanak-Kanak

-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

Pernahkah anda terfikir mengapa susu kambing tak popular? Kalau sains dapat membuktikan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu, mengapa dunia senyap???





No comments:

Post a Comment

54488-75-CA366FBA8A8ACA8613E3188E83469495