Showing posts with label iLmu. Show all posts
Showing posts with label iLmu. Show all posts
Wednesday, September 28, 2011
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Thursday, August 25, 2011
Masjid Negeri Selangor - Solat Terawih 24-08-2011 bersama Sheikh Muhammad Saad Nomani Madani
Best tau dapat s0lat kat masjid ni (ritu ms awal2 p0sa ja sempat s0lat tarawikh kat sini,siap bwk mak perlis lagi..hehehe...tq kanda ku sayang sb bwk kami kesini)...Merdu sungguh suara imam ni...Meh2 kita hayati...zasstttt....
Masjid Negeri Selangor - Kuliah Khas Lepas Terawih 24-08-2011 bersama Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber
Meh2 kita hayati tazkirah ni..best sgt2..banyak ilmu yg disampaikan oleh Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber ni.....Moga kita diberikan taufik dan hidayah di bulan yang penuh keberkatan ini..InsyALLAH...
Syeikh ni pandai berbahasa melayu...hehehehe...bahasa indonesia...
Syeikh ni pandai berbahasa melayu...hehehehe...bahasa indonesia...
Saturday, August 20, 2011
~ALLAH SWT
ALLAH has no IPHONE or BLACKBERRY , but ALLAH is my favourite CONTACTS,
ALLAH has no TWITTER, but i FOLLOW him,
and ALLAH has no INTERNET, but I'M CONNECTED to HIM.
ALLAH IS GREAT! NO OTHER!
Wednesday, August 17, 2011
RE Books
huhuhu...............
Gue pasti beli ini buku
Yes2...at last jumpa gak...
http://www.dicraft.co.za/blog/
Gue pasti beli ini buku
Yes2...at last jumpa gak...
http://www.dicraft.co.za/blog/
Tuesday, August 16, 2011
Akar Siti Fatimah
Ahad lepas,kawe dan incik Kanda berbuka kat umah Pak Teh di USJ 1.Penuh dgn anak-beranak Mak Teh.Tok dan Tok Wan pun ada gak.Dorang br balik dari Mekah.Apa lagi,peluang neh,ambik berkat org balik mekah.hehehehe.Manala tau,kot insyAllah sampai seru kitaorang pulak untuk ke tanah suci.hehehe.Kawe ada kirim akar Siti Fatimah kat Tok.Alhamdulilah....dia belikan.Yea2....Mekasih yea Tok...Jasamu kukenang.
Sebelum rendam
Selepas rendam
Akar siti fatimah atau lebih dikenali oleh selusuh siti fatimah biasanya digunakan semasa menjelang waktu ingin melahirkan (ketika sudah merasa sakit bersalin) oleh sebilangan masyarakat arab dan juga orang melayu kita juga, Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari.Tapi kita manusia hanya mampu berusaha.. segala2nya dari Allah..
Cara menggunakannya:
Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Monday, August 15, 2011
Petua Mengenai Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...kali ni,entry kawe adalah untuk berkongsi ilmu yg kawe buleh masa solat terawih kat masjid kat umah kawe.Ustaz tu bagi tazkirah lepas solat Isyak sebelum solat Terawih (sambil2 tu dia edarkan pamplet ini).Semoga bermanafaat ilmu ini yea kawan2.hehehe.Pastu korang apa lagi,sebar2 dan war2kan la kat kwn2 yang lain.Begini ceritanya...
Petua ini disusun oleh Iman Al-Ghazali Rahimmatullah
1) Malam ganjil dalam 10 hari yang akhir
2) Jika 1 Ramadhan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatulqadar jatuh pada malam ke-29
3) Jika hari Isnin maka malam ke-21
4) Selasa atau Jumaat maka malam ke-27
5) Khamis maka malam ke-25
6) Sabtu maka malam-23
Pernah berkata Syeikh Abu Hssan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini.
(Keterangan diatas boleh juga didapati dalam kitab MATLA'IL-BADRAIN,BAB AL-I'TIKAF)
Selamat beramal yea kawan2

Sunday, February 21, 2010
::Kecantikan Muslimah S0lehah::
Tampil cantik dan menarik adalah idaman setiap wanita, ia bertepatan dengan fitrah yang telah ALLAH anugerahkan kepada semua wanita. Anugerah istimewa inilah menjadikan corak rumah tangga dalam Islam indah,berseri dan membahagiakan hasil dari gabungan idea dan dekorasi yang terhasil dari cetusan buah fikiran wanita. Cantik,elegan,menarik,menawan adalah cetusan rasa yang pasti terzahir dari bibir apabila pancaindera kurniaan Si Pemilik Cantik memandang sesuatu yang memikat hati. Apabila seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah", maka akan menguntumlah senyuman dibibir dan berbungalah hatinya.
Begitulah fitrah wanita yang tidak pernah bosan untuk menjadi cantik dan kelihatan cantik. sudah menjadi adat manusia seronok apabila dipuji,kecewa apabila dikeji. Tetapi berbeza bagi wanita mukminah, dia akan merasa kerdil untuk berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Malahan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH kerana cantik itu adalah pinjaman dan pasti dipertanyakan di akhirat kelak. Pasti dibenaknya akan bergema firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat 53 :

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka daripada ALLAHlah (datangnya) dan
apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan,maka hanya kepadaNYA kamu meminta pertolongan"
Cantiknya wanita mukminah adalah kerana pakaian malu yang dipakai setiap masa samaada semasa mengerjakan urusan dunia mahupun dalam melunaskan tuntutan bekalan akhiratnya. Lantaran sifat malu itu lahir daripada jiwa yang takut kepada ALLAH dan seksaanNYA. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sifat malu dan iman adalah seiringan. Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang." (HR. Baihaqi)
Di dalam agama Islam yang syumul lengkap disediakan petua-petua untuk menjadikan wanita cantik lagi menarik, tambah indah lagi apabila kita yang bergelar muslimah bersama-sama berusaha melengkap diri untuk menjadi Muslimah Solehah yang cantik dan menarik. Berikut disertakan beberapa petua untuk tatapan dan panduan bersama :
*Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata',nescaya mata menjadi semakin jernih
*Sapukan 'lipstik kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis
*Gunakanlah 'pemerah pipi' yang diperbuat daripada rasa malu dan iman
*Pakailah 'sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
*Rawatlah rambut dengan 'Hijab Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
*Hiasilah kedua-dua tangan dan jari dengan 'Gelang Tawadhuk' dan 'Cincin Ukhuwwah'.
*Sebaik-baik kalung untuk kita adalah kalung 'kesucian'
*Bedakkanlah wajah kita dengan 'air wudhuk',nescaya wajah kita bukan sahaja putih tetapi bercahaya di akhirat.
Adab-adab sosial yang ditunjukkan Islam adalah untuk menjaga kemuliaan keluarga dan seterusnya masyarakat dan akhirnya negara. Islam menggariskan peraturan untuk wanita bukan untuk menyiksa tetapi untuk menjaga kemuliaan wanita itu sendiri kerana "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah" begitulah gambaran dari Rasulullah SAW tentang wanita cantik yang solehah.

Berbahagialah kita jika berjaya memiliki 'perhiasan asli' ini kerana jalan kita pasti akan terpimpin ke syurga. Maha suci ALLAH yang telah memuliakan wanita, maka basahkan bibirmu dengan zikrullah kerana yang pasti syurgalah tempatmu.
Sabda Rasulullah SAW," Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin,kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang disebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya,patahlah ia dan sekiranya kamu membiarkannya,kekallah ia dalam keadaan bengkok,oleh itu tolonglah kamu menasihati para wanita dengan sebaik-baiknya."
(HR Bukhari,Muslim & Abu Hurairah)

Thursday, December 17, 2009
Monday, March 9, 2009
Aku menCintaiMu Ya Rasulullah..
12 RabiulAwal 1430H
Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat saim2ku sekalian.Selawat dan salam buat junjungan besar kita,Nabi Muhammad SAW.Semoga hidup kita ini senantiasa diberkati Allah SWT,Amin.
‘’Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan
Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran
Ya Rasulullah...Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)
Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih’’
Marilah kita bersama2 mengingati Baginda dan sematkanlah Baginda didalam hati sanubari kita.Jadikanlah Baginda sebagai idola kita & contohilah akhlaknya (Siddiq,Amanah.Tabliq,Fatonah).Cuba saim2ku renungkan senikata diatas.Rasulullah SAW masa nak wafat masih lagi sempat/ingat kat umat2nya.Tp adakah kita sentiasa mengingati Baginda?Renung2kan lah & selamat beramal…
Syukran&Senyum Sokmo

Subscribe to:
Posts (Atom)