Tuesday, July 24, 2012

Cara buat kelongsang daun pandan untuk kuih tako



Inilah antara bahan-bahan yg kita perlukan.
12 helai daun pandan, pilih yg lebar2 sikit. Daun pandan tu kita cuci bersih dan keringkan.
Gunting, pembaris , lidi untuk menanda dan stapler.
1 helai daun pandan tu di gunakan tuk membuat satu kotak. jadi kalau kita nak buat banyak banyak lah daun pandan yg kita perlukan.


Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci. Gunakan lidi untuk menanda.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi macam dalam gambar 3

Pas tu buka lipatan tu. Dan kita dah dapat garisan untuk menanda.
Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Lihat gambar 6 dan 7.



Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.
Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa... dah siap! mudah je kan....


KUIH TAKO

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

1 comment:

54488-75-CA366FBA8A8ACA8613E3188E83469495