Tuesday, July 24, 2012

Cara buat kelongsang daun pandan untuk kuih tako



Inilah antara bahan-bahan yg kita perlukan.
12 helai daun pandan, pilih yg lebar2 sikit. Daun pandan tu kita cuci bersih dan keringkan.
Gunting, pembaris , lidi untuk menanda dan stapler.
1 helai daun pandan tu di gunakan tuk membuat satu kotak. jadi kalau kita nak buat banyak banyak lah daun pandan yg kita perlukan.


Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci. Gunakan lidi untuk menanda.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi macam dalam gambar 3

Pas tu buka lipatan tu. Dan kita dah dapat garisan untuk menanda.
Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Lihat gambar 6 dan 7.



Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.
Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa... dah siap! mudah je kan....


KUIH TAKO

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

Thursday, May 24, 2012

Demam Campak

Aduh...semalam kawe EL gara2 risau Nabihah batuk+selsema(dia tak pernah kena lagi sblm neh).So kawe menjaganya kat umah.Sebelum tuh,(hari sabtu+ahad lepas) badan Nabihah panas.Kawe+incik Kanda mengcheck guna digital thermometer.Suhu dia 37.6.Kawe bubuh la e2 cool fever kat dahi dia.Time dia tido,ada lagi e2 cool fever kat dahi.Tapi pas dia bangun,cool fever tah kemana(hehehe dah tercabut).Pas solat zohor,trus kitaorg bwk g jumpa doktor.Doktor kata Nabihah kena demam campak.Rupa2nya ruam kat badan dia tu campak.Kitaorg ingatkan ruam biasa sebab Nabihah kuat berpeluh.Kesian Nabihah.Bonda doakan agar Nabihah cepat sembuh yea...InsyAllah...


Nabihah suka btul main dgn kelambu+selimut dia.hehehe.Nabihah anak bonda yang solehah.

Wednesday, May 23, 2012

Cara Pengendalian EBM

Sem0ga ilmu ini bermanafaat utk korang sumer..hehehehe...Kawe cil0k dr FB Kump.Ibu2 Menyusukan.Best tau group neh.Jom j0in...hehehe



Tuesday, May 22, 2012

Tools f0r Nabihah

Alhamdulilah....kawe berjaya purchase ini barang utk Nabihah.Nanti bonda ajar nabihah yea.InsyAllah.Kawe sedang menunggu barang ini sampai ketangan kawe.Yahooo bestnya...seronoknya...

Monday, May 21, 2012

Nabihah+Flash Card

Gaya Nabihah ms ajar dia alif baa taa....hehehe...flash card buat sendirik..tu pun dia suka makan(rujuk gambar dibawah keadaan flash card Nabihah)...terguling sana terguling sini.Nabihah mmg  tak duduk diam..tp kawe tetap ajar dia.On the way buat flesh card guna felt.DIY weh.hehehe..I enjoy teaching my daughter.Dia sangat cumel.Setiap kali habis sessi belajar,kawe akan bagi upah kat dia.Upahnya ialah,kawe akan peluk dia.Bonda&Ayahanda sayang Nabihah.Semoga Nabihah menjadi anak yang solehah.Amin.

(Ingat.. bayi dan kanak-kanak boleh distimulasikan melalui sight, sound, TOUCH, taste n SMELL. Jika mereka dibenarkan memegang apa yang mereka pelajari (contoh ayat al Quran itu), mereka lebih rasa PUAS dari kita yang memegangnya untuk mereka. Tips kedua untuk hari ini selepas tips memanipulasi bau untuk mengajar anak kita.~Islamic Parenting Network)





Salam bulan Rejab

Assalamualaikum kwn2..hehehe..dh lama kawe tak mengupdate blog neh...ketidaksempatan melanda diri...haaaa korang pernah dgr/tahu tak pasal adik darwisya&darwish?Yg hafaz al-Quran tuh.Diorang dididik dgn penuh istiqamah oleh ibunya Pn.Lina.Wah kawe amat kagum&teruja dgn semangat+azam Pn.Lina neh.Umur 3 thn dh hafaz juz amma.Korang bley tgk kat sini.Mari kita lahirkan anak2 generasi al-Quran.Kawe mendapat semangat+inspirasi untuk mendidik Nabihah kearah menjadi seorang hafizah.InsyAllah..semoga Allah SWT mempermudahkan usaha kami suami isteri.Amin.Kawe ada buat flash card untuk Nabihah.Sehari sekurang2nya kawe akan menghabiskan masa 20minit untuk ajar Nabihah.Kawe akan buat 2 session.Ni kalu hari isnin hingga jumaat.Time sabtu dan ahad,sekurang-kurangnya 5 session kawe akan buat.Alhamdulilah,Nabihah menunjukkan minat walaupun dia tak duduk diam(terguling sana,terguling sini).Maklumlah dah pandai meniarap.Tapi kawe tetap ajar dia.Harapan dihati agar anakku ini menjadi anak yg celik Al-Quran.Semoga jiwanya bersatu dengan Al-Quran dan menjadi bekalan untuknya bagi menghadapi cabaran dikemudian hari.InsyAllah.


Gamba ni kawe pinjam dr blog DarwishnDarwisya.Jom2 kita sama2 mendidik anak2 kita kearah menjadi pecinta Al-Quran.Comel je tgk bdk2 kecik neh menghafal surah2 dalam Al-Quran.Korang bley tgk panduan2 dan tunjukajar yg Pn.Lina tulis kat sinih.Best wo0oo..Meh kita praktikkan...Tools pun ada Pn.Lina tulis.