Tuesday, August 3, 2010

BMW X6


Assalamualaikum saim2...adik kakok abe2 lako2....
Adeh2,kawe doh lamo dop update blog kawe nis...huhuhu..penuh abuk sare labo pum ados.hihihi.Kawe nop cerito nis...Pagi sakni,maso kawe on the way g kijo...tibo2 kam kawe terkelis sor keto ni..fuyoooooo memey comey las.Kawe sero kawe jatuh centa sama itu keto.Comey weh...derah plop tuh.Itulah keto bmw x6...(sila rujuk gambarajah)....Memey smart las e2 keto....Ap0 lagi,kawe pom berangan las..hahahaha...0ne day,you'll be MINE...hihihihi...pastu kaler itam..peh memey smart las....





Tuesday, April 6, 2010

Kisah COUPLE yang betul-betul menyayat hati =(

Dijodohkan di Syurga


Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”
Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...

Subhanallah!






Friday, March 5, 2010

::Surah Al-Kafirun::





Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
109:1. Katakanlah, "Wahai orang-orang yang tidak percaya,
109:2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
109:3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah,
109:4. Dan tidak juga aku menyembah apa yang kamu sembah,
109:5. Dan tidak juga kamu menyembah apa yang aku sembah.
109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"



::D0wnl0ad tazkirah Ustaz Zahazan~Surah Al-Kafirun::



Thursday, March 4, 2010

Happy Busday Nia Batrisya Fakhzan


Happy Busday Isya.....cepat2 besar tau.Belajar biar kasi pandai+terrer.Nanti leh Cik Ngah bulis buli..hahaha....Ni la m0nster yg kat terengganu tuh.Isya aka adik si kerinting.Nampak sja lembut tuh...tapi mak aii.....ganazzzz....Apa2 pun Cik Ngah sayang kamu....Muaaaaaahhhhhhhsssss....Nanti Cik Ngah kasik adiah yeaaaa......MySpace
Hugs and kisses fr0m Cik Ngah


Wednesday, March 3, 2010

$%%%&&##@@@

Kerana ini trailer la,kawe terperaangkap didalam jem yg lama tahap dewa 99.Tu dia.....terbalik tuh.Sure si driver buat drift masa nak turn right pas traffic light.Sungguh menguji kesabaran kawe.Termasukla si Udin.Dia telah menunjukkan pr0tes dgn his temperature goes upstairs.Kawe sungguh dan teramatlah geram.Tapi kenalah bersabar.Sabar....Sabar...Sabar...
Aaaaaaaaaaarrrrrggggggggggg......MySpace ...WTH is g0ing 0n.....isk2....









::Surah Al-Insyirah::

Assalamualaikum sahabat2ku sekalian.Kali ni kawe nak berk0ngsi ilmu tafsir drpd ustaz Zahazan Mohamed.Kawe suka cara dia translate ayat2 Quran.Mmg clear cara dia terang.Sem0ga kita dapat per0leh keberkatan+ilmu daripada tazkirah ini.Kali ni kawe akan masukkan tafsir Surah Al-Insyirah.






Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
94:1. Tidakkah Kami melapangkan dada kamu untuk kamu,
94:2. Dan mengangkatkan daripada kamu beban kamu,
94:3. Yang memberatkan punggung kamu?
94:4. Tidakkah Kami menaikkan sebutan kamu?
94:5. Maka sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah,
94:6. Sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah.
94:7. Maka apabila kamu kekosongan, bekerjakeraslah kamu,
94:8. Dan hendaklah Pemelihara kamu menjadi pencarian kamu.



::D0wnl0ad tazkirah Ustaz Zahazan~Surah Al-Insyirah::



~Selamat Beramal




Sunday, February 28, 2010

Hijab & Shawl

Kali nis kawe mau bercerita psl hijab.huhuhu..sebenarny0 kawe d0h lama memerhatikan mcm mana mau pakai ini hijab dgn menggunakan shawl.Kawe kelih,dem02 ni sungguh terrer bab2 membelit2 nis.hahaha.Tp kawe try jug0p buat,tp d0p menjadi las.Terbelit trus leheq2 kawe.hahahaha.D0p dapat 0xygen ser0.Jd ikut lain pl0p.Kawe kelih,c0mey jah dem02 ni pakai.Pada cuti maulud nabi ritu,kawe tjumpa las 1 tut0rial dr bl0g gadis arab ni.hahaha.Bany0k jug0p di0 bercerita pasal hijab nis.Di0 buat dem0 pakai patung.Rup02ny0 seney jah n0p belit2 itu hijab.Shawl kawe bany0k la jug0p tp kawe d0p reti n0p pakai.S0,kawe buat k0leksi saj0 las.Tp e2 kebanyakkannya pemberian 0rg.Hadiah2.Tenkiu2.Kawe pom try menerai la shawl2 nis.hahaha.Percubaan menjadi las.Arab pun arab las.Gadis arab tuh tunjuk cara pakai yg menutup aurat.Kir0 takd0p la singkat kam.hehehe.Tu yg kawe berkenan tuh.Yg khaliji style tu siap ada h00d...hehehe...lawa2....Ad0 sap02 n0p blajar,maghri gh0yak kat kawe.Nati kawe tunjuk cara2nya...Ngehngehngeh......







tadaaaa.....special request fr0m cikLidey...ni dia bl0g yg kawe maksudkan...meh2 kita try sama2...habibi...habibi..ya maulana...hahaha...
Tut0rial Hijab using Shawl

MySpace


Sunday, February 21, 2010

::Kecantikan Muslimah S0lehah::

Tampil cantik dan menarik adalah idaman setiap wanita, ia bertepatan dengan fitrah yang telah ALLAH anugerahkan kepada semua wanita. Anugerah istimewa inilah menjadikan corak rumah tangga dalam Islam indah,berseri dan membahagiakan hasil dari gabungan idea dan dekorasi yang terhasil dari cetusan buah fikiran wanita. Cantik,elegan,menarik,menawan adalah cetusan rasa yang pasti terzahir dari bibir apabila pancaindera kurniaan Si Pemilik Cantik memandang sesuatu yang memikat hati. Apabila seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah", maka akan menguntumlah senyuman dibibir dan berbungalah hatinya.
Begitulah fitrah wanita yang tidak pernah bosan untuk menjadi cantik dan kelihatan cantik. sudah menjadi adat manusia seronok apabila dipuji,kecewa apabila dikeji. Tetapi berbeza bagi wanita mukminah, dia akan merasa kerdil untuk berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Malahan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH kerana cantik itu adalah pinjaman dan pasti dipertanyakan di akhirat kelak. Pasti dibenaknya akan bergema firman ALLAH SWT dalam surah An-Nahl ayat 53 :

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka daripada ALLAHlah (datangnya) dan
apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan,maka hanya kepadaNYA kamu meminta pertolongan"

Cantiknya wanita mukminah adalah kerana pakaian malu yang dipakai setiap masa samaada semasa mengerjakan urusan dunia mahupun dalam melunaskan tuntutan bekalan akhiratnya. Lantaran sifat malu itu lahir daripada jiwa yang takut kepada ALLAH dan seksaanNYA. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sifat malu dan iman adalah seiringan. Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang." (HR. Baihaqi)

Di dalam agama Islam yang syumul lengkap disediakan petua-petua untuk menjadikan wanita cantik lagi menarik, tambah indah lagi apabila kita yang bergelar muslimah bersama-sama berusaha melengkap diri untuk menjadi Muslimah Solehah yang cantik dan menarik. Berikut disertakan beberapa petua untuk tatapan dan panduan bersama :

*Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata',nescaya mata menjadi semakin jernih
*Sapukan 'lipstik kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis
*Gunakanlah 'pemerah pipi' yang diperbuat daripada rasa malu dan iman
*Pakailah 'sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
*Rawatlah rambut dengan 'Hijab Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
*Hiasilah kedua-dua tangan dan jari dengan 'Gelang Tawadhuk' dan 'Cincin Ukhuwwah'.
*Sebaik-baik kalung untuk kita adalah kalung 'kesucian'
*Bedakkanlah wajah kita dengan 'air wudhuk',nescaya wajah kita bukan sahaja putih tetapi bercahaya di akhirat.

Adab-adab sosial yang ditunjukkan Islam adalah untuk menjaga kemuliaan keluarga dan seterusnya masyarakat dan akhirnya negara. Islam menggariskan peraturan untuk wanita bukan untuk menyiksa tetapi untuk menjaga kemuliaan wanita itu sendiri kerana "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita Solehah" begitulah gambaran dari Rasulullah SAW tentang wanita cantik yang solehah.



Berbahagialah kita jika berjaya memiliki 'perhiasan asli' ini kerana jalan kita pasti akan terpimpin ke syurga. Maha suci ALLAH yang telah memuliakan wanita, maka basahkan bibirmu dengan zikrullah kerana yang pasti syurgalah tempatmu.
Sabda Rasulullah SAW," Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin,kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang disebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya,patahlah ia dan sekiranya kamu membiarkannya,kekallah ia dalam keadaan bengkok,oleh itu tolonglah kamu menasihati para wanita dengan sebaik-baiknya."

(HR Bukhari,Muslim & Abu Hurairah)


Wednesday, February 17, 2010

Kawe suk0 gamba nis...
hahahahaha ala2 m0del gituh (padahal kawe d0p suk0 pakai itu 0utfit)
Ni mas0 kat Lata Rek...dekat2 la jug0p nge tempat kawe tuh
Teringat mas0 zaman kanak2 d0lu2

MySpace



Gambarajah: Me wif my 3rd br0


Saturday, February 13, 2010

C0ngrats Big Br0!!!!











Syukur Alhamdulilah....Itulah kata2 yg bisa kawe ucapkan apabila bro kawe yg sulung selamat bertunang dgn kekasih hatinya Cik Rugayah(walaupon namanya agak old sk00l,tp dia baik.Susah 00oo00 mau carik yg baik2+ada agama didada+ada ciri2 muslimah,hok bany0k dipasaran lonih ialah yg sup0 'antu' ).Mcm tak percaya saja,match making(keja kawe&Zana) ni berjaya.Mmg j0d0h d0rang la k0t eh.huhuhu...Anyway,kawe tumpang gumbira las sb kelih br0 kawe gumbira.Upacara pertunangan berjalan dgn lancar & sempoi.Alhamdulilah...mmg senang las kawe kelih.Tak banyak kerenah.Belah lelaki(belah kawe la tuh),bui 3 dulang hantaran dan dibalas 0leh belah p0mpuan dgn 5 dulang hantaran.hehehe.Sungguh semp0i.Ayah Cik Rugayah p0n seney berkira.Mcm ni ayat dia.

Ayah Cik Rugayah: P0kcik d0p reti la n0p bui ucapan2 ni.Kalu j0h tuke denga bulih la.Bagi p0kcik kir0 JADI las dem0 du0 0re nih.D0h suk0 sam0 suk0 kam.Bab belanja hantaran&tarikh perkahwinan tu,p0kcik serah la k0 du0 0re ni.Biar dem02 berbincang.

Makcik2+Pakcik2+Parents kawe dan sum0 h0k ad0 situh happy teramat bil0 dengar lagu tuh.Wah,seney sunggus.Syukur alhamdulilah.Ap0 lagi,happy tak terkata la br0 ku itu.C0ngrats br0!!!Lepas tuh upacara sarung cincin+bergambar diadakan.Hmmm sup0 skal0 las kam,kawe ni jd joh tuke ambik gamba.Gamba kawe takdop.Huahuahua.Abis lak02 tuh,kami2 sum0 g la menjamu selera.Tib02 kawe teringat kata2 br0 kawe dulu2.Lebih kurang mace ni las ayat di0.

Al0ng Emy:Hmmmm.....takdop 0re n0p kat aku.Dah la tak hensem,itam pulak tuh.Aku tak keja dlm opis,duk dlm aircond,pitis pon tak berapa.Aku keja baiki2 mesin jah.Main dengan minyak2 itam.Baju+suar pon penuh dgn minyak.Aku ni tak pandai.Sekolah tak tinggi.Pegi keja naik motor cabuk jah.Manala ada pompuan nak pandang aku ni.Jeling pun taknak MySpace.(....ni la luahan hati dia kat kawe sblm dia kawe pertemukan dgn Cik Rugayah.Sedih jah bil0 kawe dengar di0 gh0yak gitu)

Pastu kawe ghoyak la kat di0 yg sum0 0re ad0 j0d0h masing2,cum0 lambat denge cepat jah.Yang penting kit0 ken0 banyak2 bersabar+usaha+tawakal kepada Allah Taala.Bagi kawe harta kekayaan didunia buleh dicari bersama2,tp hati yang baik & taat pada perintah Allah SWT tu la yg paling penting(h0k nih la paling susah mau cari di zaman2 m0den sekarang).
Apa2 pun,tahniah dari kawe....hehehehe...Sem0ga berbahagia hingga ke akhir hayat...Amin....

MySpace

Tuesday, January 26, 2010

~Apabila m0nster pandai menulis

Kali nis kawe mau bercerita pasal m0nster yg n0 3 iaitu si Alif Darwish.Di0 nis baru jah masuk darjah 1.Memandangkan dio doh skoloh tadika sblm nis,jd di0 dh tau las tulis2+baca2 sikep2.Tib0 jah di0 bubuh sehelai note kat beg kawe.Tp ms tuh kawe duk kat baw0h duk kelih tv.

Darwish:Kak Tuty,nanti g tgk eh ada sesuatu kat beg.Awish letak kertas ada tulisan kat situ.
Kawe:Aik...kertas apa pulak?Kertas keja sek0lah ke?
Darwish:Alaaaa...nanti tgk la (sambil duk gelak2 & menunjukkan ggnya yg mcm dinas0ur tuh)
Kawe:Yea2...nanti iklan kak Tuty g baca tgk (ni musti ada benda yg dia buat neh..)


Kawe p0m g las naik metar.hahahaha.Cuba teka apa yg dia tulis?isk2...pandai sungguh menyakat 0rg budak neh (sila rujuk gambarajah dibawah)...
Mcm mana la dia dilantik jd ketua darjah kat sek0lah.Dah la nakal tahap dewa 9.


Gambarajah #1



Gambarajah#2


As i br0wse through the internet,suddenly i saw this beautiful qu0te:-

A women whose face was shining with joy and beauty was asked:"What sort of make up do you use?"She said,"I use for my lips truth,for my voice remembrance of ALLAH,for my eyes lowering my gaze,for my hands performance of good deeds,for my body sincerity and straightness,for my heart the love of ALLAH SWT,for my mind wisdom,for my soul obedience of ALLAH and for my desire the (faith) amin.."

May ALLAH SWT Bless All Of Us

Friday, January 15, 2010

~S0g0 Trips muehehehehe

Memandangkan rini adalah hari jumaat,time lunch amatlah panjang..S0,untuk memenuhkan masa2 itu,kawe+the geng membuat keputusan untuk g wind0w sh0pping.Lagip0n kat S0g0 ada sale untuk memberny0.Kawe p0m, ikukla sekaki.G naik train jah sb memey senang.Tu dia,ramainya umat kat situ.Isk2,hampir 98% kaum Hawa...hahaha...termasukla kawe.Kawe tgk2 jah,sb $$$ berada diparas yg limited.Kena bjimat-cermat (taruh utk masa depan hehehe).Lagip0n,takd0p h0p bkenan dihati.Memandangkan ghamai sunggus kam,kawe & kawan2 g las tubik dr situ (S0g0),dan menuju ke CIMB(Mala mau tgk e2 l0an ASB)+kedai buku(mau carik buku utk si kerinting+adikny0).


Gambarajah:Sedang menusuk daripada Miss Mala

Gambarajah:Lawa las tapak kasut ini..hakhakhak



Thursday, January 14, 2010

~Sabar...sabar...sabar

Gue hari ini mmg terasa bangat didlm jiwa gue.Takpe2...hangpa kenakan aku nah....Hari ni hari korang,besok lusa tulat tulin adalah hari gue plak.Just wait and see.Akan gue ingat kisah ini sampai bila2.Apa hangpa ingat hangpa tuh baguih sangat ka..huh...I will take this challenge and just wait and see.Memandangkan gue ni tgh berpuasa,s0 gue kena banyak2kan bersabar...Ya Allah...tabahkan&kuatkanlah semangatku.Akan gue buktikan yg gue bukan calang2 org spt yg dorang sangka.Sabar itu separuh daripada iman....tgkla nanti...Captain suda mengamuk
MySpace MySpace

Monday, January 11, 2010

~Happy Busday T0 me

~ ♥♥♥ ~ Shayang kamu semua

Muehehehehehe....thn ni kawe bulis 2 biji kek busday....thanks kwn2...appreciate it very much...C0klat Indulgence tu sedap oo00oo.....Wish My Kanda were here wif me....
May Allah SWT Bless All My Frenz and Me...
Unit kawe siap nyanyi lagu P.Ramlee tuh...hahahahaha....N0stalgia sunggus....