Ahad lepas,kawe dan incik Kanda berbuka kat umah Pak Teh di USJ 1.Penuh dgn anak-beranak Mak Teh.Tok dan Tok Wan pun ada gak.Dorang br balik dari Mekah.Apa lagi,peluang neh,ambik berkat org balik mekah.hehehehe.Manala tau,kot insyAllah sampai seru kitaorang pulak untuk ke tanah suci.hehehe.Kawe ada kirim akar Siti Fatimah kat Tok.Alhamdulilah....dia belikan.Yea2....Mekasih yea Tok...Jasamu kukenang.
Sebelum rendam
Selepas rendam
Akar siti fatimah atau lebih dikenali oleh selusuh
siti fatimah biasanya digunakan semasa menjelang waktu ingin melahirkan
(ketika sudah merasa sakit bersalin) oleh sebilangan masyarakat arab dan
juga orang melayu kita juga, Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut
bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari.Tapi kita manusia hanya mampu berusaha.. segala2nya dari Allah..
Cara menggunakannya:
Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan
diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin.
Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya
memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu
lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan
khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya
sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa
sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni
boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no
expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan
simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.
No comments:
Post a Comment
54488-75-CA366FBA8A8ACA8613E3188E83469495