Monday, September 23, 2013

Buah Zuriat

Assalamualaikum wbt....
Kali ni kawe nop bercerita pasal buah zuriat.Sebenarnya kawe jale2 dekat sebuah kedai Pak Arab neh,pastu terkelih sesuatu.Bentuk macam buah pinang tp bukan buah pinang.Nama dia buah zuriat.Kawe pon google2...hehehe...rupanya buah ni adalah salah satu alternative utk pasangan2 yang inginkan zuriat tetapi mempunyai masalah kesuburan dan sebagainya untuk mendapatkan cahayamata.Ooooo patutla dia punya nama Buah Zuriat.Buah Zuriat ni mmg keras mcm batu.Memang menguji kesabaran sesiapa yg nak membukanya.Jom kita baca dan kongsi info/khasiat/cara/tips bagaimana nak makan buah zuriat ni


 Buah Zuriat atau nama lainnya buah Adam dan Hawa atau nama lain lagi buah Koka (kerana berasal dari pokok Koka) atau di Timur Tengah mereka panggil buah Doum. Pokok Koka ni kayu dia Nabi Nuh buat bahtera Nuh masa banjir besar.

 Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama
Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.
(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)
Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
“Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa.”
(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).


Susah nak dapat? Memang betul. Ada yang pesan-pesan dari saudara-mara atau sahabat handai yang ke Mekah untuk belikan buah ni.Tapi korang jangan risau,korang boleh beli kat KedaiArabMurah dengan harga yg murah lagi berpatutan.
Ada saya cuba google harga di internet, especially online retailers, sebiji buah ini mencecah RM10. Mahal juga ye?Kawe baca rata-rata mencuba buah ni sebiji hingga dua biji sahaja. Kemudian give up dan berhenti. Sedangkan article dari Timur Tengah, orang sana makan hampir setiap hari semata-mata BERUSAHA. Yang penting kena BERUSAHA,Berusaha sampai berjaya.InsyAllah.....akan nampak hasilnya.

Pada yang berminat, harga Buah Zuriat atau Buah Adam dan Hawa, atau Buah Koka atau Buah Doum ini ialah :



3 biji = RM20 sahaja







HARGA TERMASUK POS


Dapatkannya di Kedai Arab Murah.Apa lagi,j0m beli..hehehe...

Wednesday, September 18, 2013

Buku Simpanan Tabung Haji


Alhamdulilah...akhirnya dapat jugak kawe bukak account Tabung Haji untuk anakanda Hadirah.Asyik tertunda je nak g simpan duit budak2 ni.hehehe.Simpanan untuk masa depan.Buleh register terus untuk ambik nombor giliran g haji.Duit raya Nabihah pun kawe dah bubuh kat Tabung Haji.Alhamdulilah.



Saturday, September 14, 2013

Anak-anak B0nda yg S0lehah

B0nda shayang kamu semua....b0nda d0akan kalian menjadi anak2 yg s0lehah dan berjaya dunia akhirat...Sem0ga kalian ber0leh rezeki yang murah seperti turunnya hujan dari langit dan dapat hafal 30 juzuk Al-Quran.....Amin...
"Ya ALLAH..bantulah kami suami isteri untuk mentarbiah anak2 kami dengan Al-Quran dan Islam....tabahkan dan kuatkan lah semangat kami...Amin"


   
Nabihah

                                                                        Hadirah      

Friday, September 13, 2013

Buku Servis

Salam hari Jumaat kawan2ku...semoga kita beroleh keberkatan pada hari ini.Amin.Hari ni ada slot mengcheck buku servis kat bilik Ibnu Sina.Kawe pun pergi la ngan kengkawan kawe,si Soliha dan Irma.hehehe.Check punya check,dorang tak update satu pun buku kawe untuk tahun ni.Isk2.Demo ni tak buat kijo ko....dah dekat nak abis tahun kot kawe sero.Tp mujur las kawe ni jenis yang cool lagi baik hati (hahaha puji diri sendiri).Harapanku,semoga buku servisku diHAPDET yea.

Thursday, September 12, 2013

Saya sudah KEMBALI


Assalamualaikum wbt....
Apa kabar semua...lama bebenor kawe tak tulis dalam ini blog...hehehe...
Semoga korang semua sihat walafiat hendaknya....
Nanti kawe tulis lagi..banyak benda yg nak ditulis..hahaha...

Tuesday, July 24, 2012

Cara buat kelongsang daun pandan untuk kuih tako



Inilah antara bahan-bahan yg kita perlukan.
12 helai daun pandan, pilih yg lebar2 sikit. Daun pandan tu kita cuci bersih dan keringkan.
Gunting, pembaris , lidi untuk menanda dan stapler.
1 helai daun pandan tu di gunakan tuk membuat satu kotak. jadi kalau kita nak buat banyak banyak lah daun pandan yg kita perlukan.


Mula2 kita ukur dulu daun pandan tu. Kita perlukan 10 inci panjang. Ukur dari bahagian ujung tapi, yang lebar. Jangan ambil dari pangkal kerana bahagian pangkal agak keras.
Potong Daun pandan tu sepanjang 10 inci.
Tandakan pada setiap 2 inci. Gunakan lidi untuk menanda.
Kemudian kita lipat pada setiap 2 inci tadi macam dalam gambar 3

Pas tu buka lipatan tu. Dan kita dah dapat garisan untuk menanda.
Potong setiap garisan lipatan tapi 1/2 daun aje, iaitu sampai ke urat tengah dia.
Pada bahagian yang hujung pula potong dan buangkan 1/2 daripada petak tersebut.
Lihat gambar 6 dan 7.



Kemudian lipat ia untuk membentuk kotak.
Tapak dia pula di selang selikan macam kita buat tikar.
Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa... dah siap! mudah je kan....


KUIH TAKO

Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear)

Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan santan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam

Susun kotak pandan atas tray.
Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.

Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap!

Thursday, May 24, 2012

Demam Campak

Aduh...semalam kawe EL gara2 risau Nabihah batuk+selsema(dia tak pernah kena lagi sblm neh).So kawe menjaganya kat umah.Sebelum tuh,(hari sabtu+ahad lepas) badan Nabihah panas.Kawe+incik Kanda mengcheck guna digital thermometer.Suhu dia 37.6.Kawe bubuh la e2 cool fever kat dahi dia.Time dia tido,ada lagi e2 cool fever kat dahi.Tapi pas dia bangun,cool fever tah kemana(hehehe dah tercabut).Pas solat zohor,trus kitaorg bwk g jumpa doktor.Doktor kata Nabihah kena demam campak.Rupa2nya ruam kat badan dia tu campak.Kitaorg ingatkan ruam biasa sebab Nabihah kuat berpeluh.Kesian Nabihah.Bonda doakan agar Nabihah cepat sembuh yea...InsyAllah...


Nabihah suka btul main dgn kelambu+selimut dia.hehehe.Nabihah anak bonda yang solehah.